SEGERA

Ada masalah folder menjadi shotcut, dapatkan Virus Shortcut Remover V3 (klik DI SINI)

Dapatkan modul-modul berkaitan - klik pada menu 'MUAT TURUN'

Maklumat terkini Matematik & Sains Semakan - klik pada menu 'DSK/DSKP/KSSR'


Monday, January 19, 2015

AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Bersesuaian dengan amalan Pembelajaran Abad ke 21, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mengambil inisiatif menyarankan beberapa perubahan dalam bilik darjah dengan memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran berpusatkan kepada murid (student centered) serta menggalakkan aktiviti-aktiviti kolaboratif dalam kalangan murid-murid.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan mengubah suai bilik darjah mengikut amalan Pembelajaran Abad ke-21, dengan menggunakan ruang dan kemudahan sedia ada di sekolah masing-masing serta disarankan membuat perubahan berdasarkan ciri-ciri berikut :

  • Susunan kerusi dan meja mestilah membolehkan murid-murid duduk dalam kumpuulan (4-5 orang) dan tidak membelakangkan papan tulis
  • Ruang dalaman bilik darjah perlu dihiasi dengan bahan-bahan pembelajaran dan mempamerkan hasil kerja murid
  • Susun atur perabot dan peralatan dalam bilik darjah mestilah memudahkan pergerakkan murid untuk melaksanakan aktiviti kumpulan dan memudahkan guru memberi bimbingan semasa aktiviti berjalan.
Oleh itu, pihak sekolah disarankan supaya mengubah suai susun atur bilik darjah mengikut amalan Pembelajaran Abad ke-21 bermula sesi persekolahan tahun 2015 ini.

Pelan susunan meja dan tempat duduk murid :






Surat MAKLUMAN dari Tuan Pengarah JPN Kedah

CONTOH KELAS ABAD KE-21 ( SJKT TUN SAMBANTHAN, KUALA MUDA YAN)



No comments:

Post a Comment