SEGERA

Ada masalah folder menjadi shotcut, dapatkan Virus Shortcut Remover V3 (klik DI SINI)

Dapatkan modul-modul berkaitan - klik pada menu 'MUAT TURUN'

Maklumat terkini Matematik & Sains Semakan - klik pada menu 'DSK/DSKP/KSSR'


Tuesday, January 20, 2015

PEMANTAUAN KSSR 2015

Tuan Pemantau ,
Pemantauan KSSR 2015
Kedah Darul Aman

Dilampirkan untuk tindakan tuan,

 MUAT TURUN
1.  Surat Pemantauan KSSR 2015
2.  Senarai Pemantau KSSR / Senarai Sekolah
3.  Instrumen Pemantauan Manual
4.  Borang PK03 - 1
5.  Borang PK03 - 2
6.  Borang PK03 - 3

Sila Klik pada pautan di bawah untuk memasukkan hasil pemantauan secara on-line :
 INSTRUMEN PEMANTAUAN KSSR 2015 A   ON-LINE

Terima Kasih.

Hj. Rosli Bin Hj. Omar
Penyelia Kanan ( Sains Rendah )
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

PEMANTAUAN KSSR 2015

GURU BESAR
SK / SJKC / SJKT
KEDAH DARUL AMAN

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah akan mengadakan pemantauan KSSR 2015 dari 25 Januari 2015 hingga Februari 2015

Pihak sekolah disarankan membuat persediaan awal berpandukan Borang Penilaian Kendiri KSSR 2015 yang telah diemelkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki mematuhi prosedur kerja  yang telah dilampirkan

Sila klik pada Pautan di bawah untuk memasukkan
Borang Penilaian Kendiri KSSR On-line

Terima Kasih,

Hj. Rosli Bin Hj. Omar
Penyelia Kanan ( Sains Rendah )
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN KEDAH DAN PEGAWAI FASILINUS KEDAH

Tarikh    : 13 Januari 2015
Masa      : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat  : Bilik Mesyuarat Gemilang (Aras 1)
                Wisma Persekutuan, Alor Setar,
                Kedah Darul Aman

Kehadiran : Semua Pegawai FasiLINUS Kedah










Monday, January 19, 2015

AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Bersesuaian dengan amalan Pembelajaran Abad ke 21, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mengambil inisiatif menyarankan beberapa perubahan dalam bilik darjah dengan memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran berpusatkan kepada murid (student centered) serta menggalakkan aktiviti-aktiviti kolaboratif dalam kalangan murid-murid.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan mengubah suai bilik darjah mengikut amalan Pembelajaran Abad ke-21, dengan menggunakan ruang dan kemudahan sedia ada di sekolah masing-masing serta disarankan membuat perubahan berdasarkan ciri-ciri berikut :

  • Susunan kerusi dan meja mestilah membolehkan murid-murid duduk dalam kumpuulan (4-5 orang) dan tidak membelakangkan papan tulis
  • Ruang dalaman bilik darjah perlu dihiasi dengan bahan-bahan pembelajaran dan mempamerkan hasil kerja murid
  • Susun atur perabot dan peralatan dalam bilik darjah mestilah memudahkan pergerakkan murid untuk melaksanakan aktiviti kumpulan dan memudahkan guru memberi bimbingan semasa aktiviti berjalan.
Oleh itu, pihak sekolah disarankan supaya mengubah suai susun atur bilik darjah mengikut amalan Pembelajaran Abad ke-21 bermula sesi persekolahan tahun 2015 ini.

Pelan susunan meja dan tempat duduk murid :






Surat MAKLUMAN dari Tuan Pengarah JPN Kedah

CONTOH KELAS ABAD KE-21 ( SJKT TUN SAMBANTHAN, KUALA MUDA YAN)



Wednesday, January 14, 2015

LAWATAN BIMBING SELIA LINUS2.0 JPN/PPD DI DAERAH KUBANG PASU

Tarikh   : 08 Febuari 2015 (Ahad)
Masa     : 7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat  : Sekolah - sekolah PPD Kubang Pasu 

TAKLIMAT LAWATAN BIMBING SELIA LINUS2.0 JPN/PPD DI DAERAH KUBANG PASU

Tarikh   : 05 Febuari 2015
Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Kenanga,
               Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN),


Semua FasiLINUS Kedah dijemput hadir