Pengurusan ProTiM
Jawatankuasa pelaksanaan
ProTiM perlu ditubuhkan di peringkat sekolah.
Penasihat : Guru Besar
Pengerusi : Penolong Kanan Kurikulum
Setiausaha : Ketua Panitia Matematik
Ahli : Semua guru matematik
Guru
pemulihan
Fail yang berkaitan
perlu diwujudkan dan dikemaskini.
Penentuan Murid
1. Pengenalpastian murid Tahun 4 yang terlibat dalam
program ini berdasarkan :
· Murid yang belum
menguasai kemahiran Numerasi walaupun telah mengikuti program LINUS selama 3 Tahun.
· Murid yang baru
melepasi ujian saringan terakhir Tahun 3 dan memasuki kelas aliran perdana.
· Cadangan guru.
Guru diminta menyenaraikan murid yang dikenal pasti belum menguasai kemahiran
mengira berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, laporan guru mata pelajaran matematik
sebelumnya serta pencapaian murid berkenaan dalam ujian dan peperiksaan
penggal.
2. Murid yang dikenal pasti akan menduduki Ujian
PraProTiM. Ujian ini diadakan untuk mengesahkan
tahap penguasaan mengira murid berkenaan.
3. Murid yang
mendapat kurang daripada 8 markah pada mana-mana bahagian ujian PraProTiM perlu mengikuti PROTIM.
Guru
Guru yang menjalankan
program ini ialah guru Matematik yang terpilih dan dibantu oleh guru pemulihan.
Pelaksanaan
· Jangka masa
program adalah mulai bulan April hingga Ogos 2015 (Rujuk cadangan carta aliran
ProTiM).
· Secara prinsip,
ProTiM dijalankan pada waktu Matematik. Walau bagaimanapun, sekolah digalakkan
untuk menjalankan program ini dalam waktu pembelajaran di sekolah. Pentadbir
sekolah boleh membuat pengubahsuaian dalam menyediakan jadual waktu yang sesuai
untuk melaksanakan program ini bagi memastikan pelaksanaannya mencapai
matlamat.
· Pembentukan kelas
dan pengajaran dimulakan sebaik sahaja dapatan Ujian PraProTiM diperolehi.
· PascaujianProTiM
akan dijalankan selepas murid mengikuti kelas ProTiM bagi mengenal pasti tahap
baru penguasaan kemahiran asas mengira.
Tindakan Pihak Sekolah:
Lengkapkan Borang 1 dan Borang 2. Kedua-dua borang ini
diserahkan kepada pihak PPD dalam bentuk softcopy.
Tindakan Pihak PPD
Mengumpul semua Borang 1. Pihak PPD diminta menggabungkan semua data
setiap sekolah pada Borang 2 sebagai rumusan peringkat PPD berkenaan.
Kedua-dua borang ini diserahkan kepada pihak JPN dalam bentuk softcopy.
Tindakan Pihak JPN
Mengumpul semua Borang 1 dan Borang 2. Pihak JPN juga diminta
menggabungkan semua data setiap PPD pada Borang 2 sebagai rumusan
peringkat negeri. Kedua-dua borang (termasuk Borang 2 yang telah
dirumuskan) ini diserahkan kepada pihak BPK dalam bentuk softcopy.
No comments:
Post a Comment